Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts
01 November 2011
AKU DAN KONVOKESYEN KE-11 UTHM
Setelah berkurun DD tinggalkan blog ni, kini DD kembali. Kembali dengan senyuman dan semangat baru. OK...cukup intro. DD tak nak buat karangan berjela. Biarlah gambar ini menceritakan segalanya.

(29/10/2011)
ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEPADAMU YA ALLAH...(^_^)
05 October 2011
ULASAN: GLEE SEASON 3 EPISODE 3 (ASIAN F)
OK...masa untuk DD membebel lagi...hehehe. GLEE Episod 3 telah selamat ditayangkan pada 4 Oktober 2011 di US. DD baru habis download dan tengok Episod 3 sebentar tadi...(^_^)
Hasil bebelan untuk episod minggu lepas boleh dibaca di sini. Hasil bebelan DD untuk minggu ini adalah seperti berikut:-
1) Santana kembali menyertai Kelab New Directions. Actually, DD paling suka dengar nyanyian Santana sebab suaranya unik. Untuk episod kali ni, DD amat berpuas hati kerana Santana telah menyanyikan 2 buah lagu walaupun bukan sebagai penyanyi utama.
SANTANA KEMBALI MENYERTAI KELAB NEW DIRECTIONS
2) Ayah Mike telah datang berjumpa pengetua McKinley High bagi membincangkan result A- subjek kimia yang telah Mike perolehi. Bagi ayah Mike...untuk warga Asian, result A- adalah bersamaan dengan result F. Sebab tu, tajuk episod minggu ni...ASIAN F. Untuk pertama kalinya juga, para penonton GLEE dapat mendengar nyanyian Mike yang agak sempurna ketika Mike menghadiri audition sebagai Riff untuk School Musical (West Side Story).
MIKE DAN AYAHNYA
3) Brittany telah memulakan kempen pilihan raya dengan PENUH BERGAYA (menyanyi dan menari) bagi menjawat jawatan sebagai Senior Class President. Kempen Brittany adalah berkisar tentang kemampuan/kekuatan perempuan untuk menjadi Senior Class President dan Brittany cuba sedaya upaya untuk meraih undi from pelajar-pelajar perempuan. Kehebatan kempen Brittany jelas amat merisaukan Kurt yang turut bertanding bagi jawatan tersebut. DD suka part Brittany menyanyi sambil menari sebab memang terbukti kehebatan Brittany menari sejak Season 2 lagi. I LOIKE...(^_^)
BRITTANY SETELAH SELESAI MENYANYI DAN MENARI
4) Mercedes turut menghadiri audition sebagai Maria untuk School Musical (West Side Story) setelah digalakkan oleh pakwenya (Shane). Persaingan sengit telah berlaku kerana Rachel turut menghadiri audition sebagai Maria pada Episod 2 yang lepas. Para juri kebingungan untuk menentukan siapa yang lebih layak memegang watak Maria kerana Rachel dan Mercedes masing-masing mempunyai aura tersediri. Akibatnya, Rachel dan Mercedes terpaksa bertarung sekali lagi untuk menentukan siapa lebih layak memegang watak Maria. MAKLUMAT MENGEJUTKAN! Mercedes telah keluar from Kelab New Directions dan kesudahannya, Mercedes volunteer menyertai GLEE Club yang ditubuhkan oleh Puan Shelby. TIDAKKKKK!
MERCEDES MENGHADIRI AUDITION SEBAGAI MARIA
5) Lagu fav DD...of course la "Run the World (Girls)" nyanyian Brittany dan Santana. BEST!
KEHEBATAN BRITTANY MENARI
6) Lebih banyak gambar...
MIKE MENYANYI UNTUK AUDITION SEBAGAI RIFF
IBU MIKE
CALLBACK YANG MELIBATKAN RACHEL DAN MERCEDES
IBU DAN AYAH CIK EMMA
RESULT AUDITION UNTUK SCHOOL MUSICAL (WEST SIDE STORY)
Secara keseluruhan, personally...DD merasakan ni merupakan episod terbaik GLEE berbanding 2 episod yang lepas. OK, tu aje DD dapat share pasal GLEE SEASON 3 EPISODE 3. Episod 4 akan ditayangkan di US pada 1 November 2011 (WHAT???). Ape DD nak membebel minggu depan? Hurmmmmm...
I'M A GLEEK...\(^_^)/
28 September 2011
ULASAN: GLEE SEASON 3 EPISODE 2 (I AM UNICORN)
YAHOO! DD dah habis download dan tengok GLEE SEASON 3 EPISODE 2. Kalau kat US, episod ni ditayangkan pada 27 September 2011. Kat Malaysia, peminat GLEE just bergantung harap pada internet aje la. Sedihhhhh... :(
OK...tak nak sedih-sedih. At least dapat gak tengok GLEE walaupun lewat sehari daripada US...SMILE. Last week, DD dah membebel pasal Episod 1. This week, DD nak membebel pasal Episod 2 pulak. Check it out! (^_^)
1) Kemunculan semula Puan Shelby. Siapa Puan Shelby? Ingat tak GLEE Season 1? Kalau korang pernah tengok GLEE Season 1, korang akan tau siapa Puan Shelby sebenarnya. Still tak tau? OK...DD bagitau la. Puan Shelby merupakan ibu kepada Rachel yang telah mengambil anak kandung Quinn (Beth) sebagai anak angkatnya dalam Season 1 yang lepas. Kalau ada kemunculan semula Puan Shelby, of course la ada kemunculan semula Beth. Beth is sooooo cute!
PUAN SHELBY DAN BETH
2) Minggu lepas, DD terlupa nak membebel pasal watak seorang student iaitu Sugar. DD ingatkan Sugar just watak sampingan untuk Episod 1 aje. Rupa-rupanya, dalam episod kali ni...ade lagi watak Sugar ni. Dalam Episod 1 yang lepas, Sugar datang untuk audition sebagai ahli baru Kelab New Directions tetapi telah direject oleh Encik Will. Kenapa? Mak ooiii...suara Sugar telah berjaya membuat DD sakit telinga! Dalam episod kali ni, Sugar telah menggunakan kekayaan ayahnya untuk mengupah Puan Shelby mewujudkan GLEE Club yang baru di McKinley High. Siapa penyanyi utama dalam GLEE Club baru tu? Of course la...SUGAR! Gila ape?! Tidakkkkk! Sakit telinga DD... :(
SUGAR DAN AYAHNYA BERJUMPA DENGAN PENGETUA MCKINLEY HIGH
3) Pasal Quinn pulak. DD sangat suka pakaian Quinn dalam episod ni. Hahaha...DD ni tak habis-habis admire pakaian Quinn yang ala-ala gangster tu. OK...maklumat lain pulak. Akhirnya, Quinn telah mengubah penampilannya kepada penampilan asal seperti GLEE Season lepas. Kira jadi budak baik la. Motifnya, supaya dia dapat bersama dengan Beth atau dengan kata lain...mengambil semula (merampas?) Beth daripada Shelby.
QUINN DAN RAKAN-RAKAN GANGSTERNYA (THE SKANKS)
4) Oh, ya! DD terlupa nak membebel pasal Coach Sue minggu lepas. Untuk GLEE Season ni, Coach Sue kembali menjadi musuh Kelab New Directions. Ingatkan dah insaf...rupa-rupanya Coach Sue tidak serik-serik menyusahkan Kelab New Directions. Episod minggu lepas, banyak menceritakan pasal Coach Sue yang masuk politik. Kempen pilihan raya Coach Sue adalah untuk menghapuskan semua perkara yang berasaskan arts dalam institusi pendidikan yang kononnya banyak memberi kesan negatif kepada para pelajar. So, dalam Episod 2 ni...Coach Sue meneruskan usaha berkempen dengan merakam video Quinn yang 'rosak' setelah menyertai arts a.k.a Kelab New Directions. Macam-macam kerenah la Coach Sue ni... :(
COACH SUE SEDANG MERAKAM VIDEO KEMPEN PILIHAN RAYANYA
5) Kurt memulakan kempen pilihan raya bagi merebut jawatan sebagai Senior Class President. Tujuan Kurt menyertai pilihan raya tersebut adalah untuk meluaskan peluangnya melanjutkan pelajaran ke NYADA setelah tamat high school kelak. Kurt merasakan dia seorang yang unik umpama UNICORN dan amat layak untuk memegang jawatan sebagai Senior Class President. Sebab tu, tajuk episod minggu ni...I AM UNICORN...(^_^)
POSTER KURT UNTUK KEMPEN PILIHAN RAYA
6) Audition bagi School Musical yang bertajuk West Side Story telah bermula. Para juri terdiri daripada Cik Emma, Coach Beiste, dan Artie. Rachel telah menghadiri audition tersebut bagi merebut watak Maria, Kurt untuk watak Tony, dan Blaine untuk watak Bernardo.
COACH BEISTE, ARTIE, DAN CIK EMMA MENJADI JURI AUDITION
7) Fuhhhhh...banyak lagi DD nak cerita pasal episod ni, tapi...DD tak larat. Cukup la maklumat-maklumat ni aje. Because episod kali ni sooooo much drama berbanding lagu. Just ade 3 buah lagu dan honestly, sebuah lagu pun DD tak pernah dengar sebelum ni. Tapi...lagu fav DD dalam episod ni adalah nyanyian Kurt ketika audition untuk memegang watak Tony. Tajuk lagu tu ialah "I'm the Greatest Star". BEST!
KURT MENYANYIKAN LAGU "I'M THE GREATEST STAR"
6) Lebih banyak gambar...
BEBERAPA AHLI KELAB NEW DIRECTIONS WAJIB MENYERTAI BOOTY CAMP
PUAN SHELBY DAN RACHEL BERDUET
QUINN KEMBALI KEPADA PENAMPILAN ASAL
Secara keseluruhan, personally...DD merasakan episod ni terlalu banyak drama dan membosankan. OK, tu aje DD dapat share pasal GLEE SEASON 3 EPISODE 2. Episod 3 akan ditayangkan di US pada 4 Oktober 2011. Nantikan bebelan DD pasal Episod 3 pada minggu hadapan.
I'M A GLEEK...\(^_^)/
22 September 2011
ULASAN: GLEE SEASON 3 EPISODE 1 (THE PURPLE PIANO PROJECT)
Honestly, bosan pulak DD tengok blog ni penuh dengan entri pasal benda-benda flash. OK...hari ni, DD nak membebel pasal benda lain. MUZIK. Yup...DD sangat minat benda-benda pasal muzik. Especially...movie muzikal atau drama muzikal...kecuali teater muzikal.
Drama muzikal favourite DD...GLEE. DD 'kipas susah mati' GLEE! I'M A GLEEK! Apsal DD minat GLEE? Sebab GLEE selalu memperkenalkan lagu-lagu terbaru di pasaran...tidak ketinggalan lagu-lagu lama. Disebabkan menonton GLEE, DD tahu lagu yang baru release dan popular di US tetapi belum popular di Malaysia. Sebagai contoh, lagu "Forget You" nyanyian Cee Loo Green untuk Season 2 yang lepas.
Percaya atau tidak...DD tak pernah menonton GLEE kat TV. DD selalu follow tarikh tayangan GLEE kat US then keesokan harinya DD download from internet. Hahaha...memang sentiasa up-to-date pasal GLEE. Semua episod from Season 1 sampai la episod premiere Season 3...ada dalam koleksi DD. I LOVE THE INTERNET...\(^_^)/
Untuk pengetahuan korang, pada 20 September 2011 yang lepas, GLEE Season 3 baru sahaja bermula. SEASON 3 EPISODE 1! EXCITED tahap maksima DD...WOHOOOOO!
DD tak nak la membebel secara terperinci pasal jalan cerita Episod 1 ni. Nanti jadi karangan SPM pulak entri ni. Maklumat-maklumat penting yang korang perlu tahu:-
1) Kelab New Directions mengalami masalah sebab 3 orang ahlinya keluar iaitu Quinn, Sam, dan Zizes. Akibatnya, Encik Will terpaksa mencari jalan alternatif untuk menarik perhatian para pelajar McKinley High menyertai audition sebagai ahli Kelab New Directions yang baru. Caranya...dengan menempatkan beberapa buah Purple Pianos di sekitar McKinley High. Sebab tu, tajuk episod minggu ni...THE PURPLE PIANO PROJECT...(^_^)
ENCIK WILL DENGAN SALAH SEBUAH PUPRLE PIANO
2) Korang akan terkejut melihat perubahan drastik Quinn dalam episod ni. Dah jadi awek gangster...kira dalam kategori pelajar nakal la. Tapi...serius STYLE habis pakaian Quinn walaupun dah macam awek ganas. I LOIKE...(^_^)
QUINN DAH JADI AWEK GANGSTER
3) Mercedes dah ade pakwe! Kalau korang still ingat...ending Season 2 dulu ade tunjuk yang Mercedes dan Sam bercouple. Tapi, episod ni...diorang dah break sebab Sam berpindah ke tempat lain. So, rasa-rasa nyer takde chance la tengok muka Sam sepanjang Season 3 ni... :(
MERCEDES DAN PAKWE BARUNYA
4) Blaine pindah sekolah demi cintanya terhadap Kurt. Sooooo sweet. Tapi, diorang gay...euwww
BLAINE TANPA UNIFORM WABLERS
5) Kemunculan naib juara THE GLEE PROJECT sebagai pelakon tambahan. Siapa? Lindsay Pearce. Memegang watak sebagai Harmony. Suara dia memang power habis! Sampaikan Rachel menangis teruk akibat malu. Psssttttt...korang tau tak THE GLEE PROJECT tu ape? THE GLEE PROJECT tu kira macam rancangan realiti yang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam GLEE. Johan THE GLEE PROJECT akan muncul dalam tujuh episod GLEE. Tak sabar nak tengok kemunculan Samuel Larsen.
LINDSAY PEARCE MEMEGANG WATAK SEBAGAI HARMONY
6) Santana ditendang keluar from Kelab New Directions dan diganti oleh Blaine. Kenapa? Sebab Santana bersekongkol untuk memusnahkan Kelab New Directions.
PURPLE PIANO TERBAKAR DISEBABKAN RANCANGAN JAHAT SANTANA
7) Lagu paling DD suka dalam episod ni ialah "Anything Goes/Anything You Can Do" (nyanyian Harmony), "Ding-Dong! The Witch Is Dead" (nyanyian Rachel dan Kurt), dan "You Can't Stop the Beat" (nyanyian semua ahli dalam Kelab New Directions).
RACHEL DAN KURT MENYANYIKAN LAGU "DING-DONG! THE WITCH IS DEAD"
8) Lebih banyak gambar...
FOOD FIGHT!
KURT CUBA MENYELAMATKAN DIRI KETIKA FOOD FIGHT
COACH SUE MENJADI MANGSA GLITTER-BOMB
OK, tu aje DD dapat share pasal GLEE SEASON 3 EPISODE 1. Episod 2 akan ditayangkan di US pada 27 September 2011. Nantikan bebelan DD pasal Episod 2 pada minggu hadapan.
I'M A GLEEK...\(^_^)/
08 September 2011
JOM TEMPAH
Kalau korang berminat dan confident nak upah DD untuk mendesign banner/header blog korang...jangan malu jangan segan...baca peraturan kat bawah ni...(^_^)
p/s: Untuk koleksi design yang pernah DD siapkan, sila klik sini.
1) SYARAT-SYARAT TEMPAHAN
- Pengguna Blogspot sahaja.
- Design DD hanya sesuai untuk paparan Mozilla Firefox/Google Chrome.
- Design disiapkan mengikut giliran.
- DD tak reti design kartun/doodle.
- Sila email butiran berikut kat DD:-
JENIS BANNER/HEADER: Static atau Flash...Transparent atau Tak Transparent (rujuk perbezaan kat sini).
JENIS DESIGN: Banner/Header Baru Sepenuhnya atau Modify Banner/Header Lama (cth: tambah awan bergerak, swirl berkembang, daun berguguran, bola sepak melantun, love kembang kuncup, dll).
NAMA BLOG: _______________________
MOTTO: kalau korang ade motto la...bukan motosikal tau.
LOGIN BLOG: Email Blog dan Password (DD jamin selamat...DD nak guna untuk install banner/header yang dah siap kat blog korang sebab melibatkan coding yang berselirat).
SAIZ: kalau tak tau...DD boleh tengok kat coding blog korang.
KONSEP: Girly/Grunge/Corporate/Flower/K-Pop/dll (jelaskan sejelas-jelasnya...buat karangan SPM pun takpe).
WARNA: Hijau/Hitam + Pink/dll (jelaskan kombinasi warna).
FONT: kalau korang nak font tertentu la...kalau tak...DD guna aje ape-ape font sesedap rasa DD.
GAMBAR: kalau korang nak banner/header yang ade muka korang, muka pakwe, muka awek, muka family, muka artis pujaan, dll atau korang nak modify banner/header lama (attach kat email).
2) HARGA DAN PEMBAYARAN
- STATIC BANNER/HEADER: RM5 (topup kat nombor Celcom DD).
- FLASH BANNER/HEADER: RM10 (bank-in kat akaun Maybank DD).
- Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh seminggu setelah bannner/header disiapkan. Kegagalan melakukan pembayaran akan menyebabkan banner/header didelete dari blog korang.
3) PROMOSI ISTIMEWA
- Tiada bayaran dikenakan untuk 2 pelanggan terawal yang membuat tempahan pada 15hb setiap bulan.
4) TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
- EMAIL: akudd87@yahoo.com
SEKIAN HARAP MAKLUM...TERIMA KASIH...(^_^)
09 August 2011
JOM TEMPAH VERSI RAMADHAN
Kalau korang berminat dan confident nak upah DD untuk mendesign header blog korang...jangan malu jangan segan...baca peraturan kat bawah ni...(^_^)
p/s: Jangan terlalu mengharap design DD akan menjadi sehebat design para otai seperti Cik Bulat, Alieff, atau Wan Hazel...DD budak baru belajar.
1) SYARAT-SYARAT TEMPAHAN
- Pengguna Blogspot sahaja.
- Design DD hanya sesuai untuk paparan Mozilla Firefox/Google Chrome.
- Design disiapkan mengikut giliran.
- DD tak reti design kartun/doodle (tempahan yang melibatkan kartun/doodle...sila hubungi para otai kat atas).
- Sila email butiran berikut kat DD:-
JENIS HEADER: Static atau Flash...Transparent atau Tak Transparent (rujuk perbezaan kat sini).
JENIS DESIGN: Header Baru Sepenuhnya atau Modify Header Lama (cth: tambah awan bergerak, swirl berkembang, daun berguguran, bola sepak melantun, dll).
NAMA BLOG: _______________________
MOTTO: kalau korang ade motto la...bukan motosikal tau.
LOGIN BLOG: Email Blog dan Password (DD jamin selamat...DD nak guna untuk install header yang dah siap kat blog korang sebab melibatkan coding yang berselirat).
SAIZ: kalau tak tau...DD boleh tengok kat coding blog korang.
KONSEP: Girly/Grunge/Corporate/Flower/K-Pop/dll (jelaskan sejelas-jelasnya...buat karangan SPM pun takpe).
WARNA: Hijau/Hitam + Pink/dll (jelaskan kombinasi warna).
FONT: kalau korang nak font tertentu la...kalau tak...DD guna aje ape-ape font sesedap rasa DD.
GAMBAR: kalau korang nak header yang ade muka korang, muka pakwe, muka awek, muka family, muka artis pujaan, dll atau korang nak modify header lama (attach kat email).
2) HARGA DAN PEMBAYARAN
sempena Bulan Ramadhan ni. After Bulan Ramadhan...bayaran RM10 akan dikenakan untuk flash header. Apsal mahal? Sebab...flash header lebih susah nak design berbanding static header. 3) TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
- Email atau YM: akudd87@yahoo.com
Oh, ya! Kalau nak DD design flash banner baru atau modify banner lama kasi tambah love kembang kuncup, dll...no problem. Syarat-syarat masih sama macam kat atas.
SEKIAN HARAP MAKLUM...TERIMA KASIH...(^_^)
07 August 2011
KELAHIRANKU KE DUNIA MAYA
Nama aku DD. DD merupakan singkatan daripada nama blog ni...Dream Design <--- poyo.
Hahaha...DD tak tau nak post ape la. Kepala biol baru habis design blog ni. Design flash header yang ade rama-rama terbang tu yang agak poning sket. Segala coding berselirat...berpinar bijik mata DD. Lawa tak rama-rama terbang tu? (sungguh perasan...hehehe).
OK...sapa nak order flash header kat DD? Mari-mari...murah-murah...RM10FREE aje. Promosi ni sempena kelahiran blog ni kat dunia maya. Tempoh promosi sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ni. Nak order static header pun boleh...FREE aje...(^_^)
p/s: Kalau nak minta DD design header kartun/doodle...serius DD mengaku DD tak reti. Try order dari Alieff atau Wan Hazel. I'm sorryyyyy...
Hahaha...layak ke DD ambil order? Tak layak DD nak challenge Cik Bulat, Alieff, Wan Hazel, dll yang tahap mahaguru punya otai tu. Kalau korang confident nak order design flash header daripada DD...terima kasih DD ucapkan. Hahaha...macam nak order biskut raya pulak...order-order. Apa-apapun...
SALAM PERKENALAN SEMUA...(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)








































