~ TEMPAHAN DITUTUP SELAMA-LAMANYA ~

DD BERSARA DESIGN FLASH SECARA RASMINYA

13 October 2011

PostHeaderIcon GAMES: THE EXILED PRINCE



Hari ni, DD nak share pasal game The Exiled Prince. Ni game cari benda-benda tersembunyi. OK...ramai yang cakap, game cari benda-benda tersembunyi ni membosankan. DD nak tegaskan kat sini, game benda-benda tersembunyi ni dah lama melalui zaman revolusi perindustrian. Tak bosan macam dulu. Serius!


The Exiled Prince
THE EXILED PRINCE


Sekarang ni, game cari benda-benda tersembunyi lebih dikenali sebagai IHOG. What is IHOG? IHOG merupakan singkatan kepada Interactive Hidden Object Game. IHOG mempunyai elemen-elemen interaktif yang membolehkan para pemain berinteraksi dengan game tersebut. Selain itu, IHOG membolehkan para pemain explore setiap lokasi dengan cara tersendiri. Boleh pusing kiri, kanan, depan, belakang...sesedap rasa para pemain. So, para pemain memang kena main dengan teliti dan ingat setiap petunjuk di setiap lokasi supaya tak sesat. Best kan? Ala-ala investigation gitu...(^_^)


INTERACTIVE HIDDEN OBJECT GAME (IHOG)


Hahaha...DD dah membebel out of topic la pulak. Berbalik kepada game The Exiled Prince tadi. Game ni bertemakan kisah seorang putera yang disumpah menjadi seekor katak dan perlu menerima ciuman daripada seorang puteri untuk bertukar menjadi seorang manusia semula. OK...bosan! Memang sebijik macam cerita dongeng yang DD baca time zaman kanak-kanak ribena dulu.

Jangan salah sangka. Pembangun game ni telah mengubah jalan cerita dongeng tu kepada jalan cerita yang berunsurkan penyiasatan dan fantasi seperti berikut:-

Setelah putera tu bertukar menjadi seorang manusia semula, putera tersebut berkahwin dengan puteri yang telah menciumnya. Malangnya, putera tersebut kekal awet muda manakala puteri yang dikahwininya semakin lama semakin tua dan meninggal dunia. Setelah si puteri meninggal dunia, putera tersebut kembali bertukar menjadi seekor katak. Begitulah kehidupan si putera...sentiasa berulang kali menjadi seekor katak, dicium oleh seorang puteri, berkahwin, menjadi duda, dan akhirnya menjadi seekor katak semula. Antaranya puteri-puteri yang pernah mengahwini putera tersebut adalah Cinderella, Snow White, Ariel, dll (huh? biar betul?). Sehingga ke hari ni, putera tu sentiasa tercari-cari puteri lain yang sanggup menciumnya. Baru-baru ni, anak kepada Chancellor hilang ketika berjalan-jalan di dalam Black Forest lokasi istana putera tu. Jalan cerita semakin mengarut dan twisted. HAHAHA! Pandai-pandai la korang cari idea camne nak selamatkan anak kepada Chancellor tu dan habiskan game ni. Agak-agak kalau dah tersesat, sila la belek peta kat penjuru kanan kat bawah screen game tu...(^_^)

Ni beberapa scene yang ade kat dalam game ni. Amazing!



SCENES YANG MENARIK



Secara keseluruhan, personally...DD bagi A++ untuk grafik dalam game ni. Serius sangat lawa! Walaupun jalan cerita game ni agak pelik...hahaha...(^_^)



* CARA-CARA INSTALL *



* UPDATE *
  • Kalau nak activate butang BONUS kat game ni...pastikan korang dah habis main kesemua level terlebih dahulu.
  • Klik Bonus Content Patch = 9.84 MB
  • Extract file ke dalam folder (Dark Parables-The Exiled Prince Collector's Edition) yang korang dah extract ikut arahan kat atas (cara-cara install) sebelum ni.
  • Klik file 'Dark_Pararbles2_Bonus_Content_Patch'.
  • Dah boleh main part BONUS dengan aman...(^_^)



p/s: I'm not the one who uploaded this file...please don't sue me.

2 Tukang Kata:

Sya said...

akak,downloadnya mmg lmbt yek? :)

Aku DD to Sya said...

yup...klu download agak lmbt sebab file nyer brsaiz besar...

File part1: 252 MB
File part2: 249 MB

Newer Posts Older Posts Home