~ TEMPAHAN DITUTUP SELAMA-LAMANYA ~

DD BERSARA DESIGN FLASH SECARA RASMINYA

15 October 2011

PostHeaderIcon GAMES: ANGRY BIRDS SEASONS (PC VERSION)



Hari ni, DD nak share pasal game Angry Birds. Bukan Angry Birds versi Classic atau Angry Birds versi Rio, tetapi Angry Birds versi Seasons.


Angry Birds Seasons
ANGRY BIRDS SEASONS


Mungkin agak terlewat bagi DD untuk mengulas mengenai game Angry Birds Seasons kerana para pengguna gadget yang dilengkapi OS Android telah lama bermanja-manja dengan game ni. DD pula, baru semalam berpeluang mencuba game ni. Tu pun setelah berhempas pulas mencari versi game ni yang boleh dimainkan melalui PC. Disebabkan tu, keterujaan DD nak share pasal game Angry Birds Seasons (versi PC) ni melangkaui tahap infiniti. HAHAHA!

Berbalik kepada game Angry Birds Seasons, terdapat 6 tema yang boleh korang cuba iaitu:-

  • TRICK OR TREAT
  • SEASON'S GREEDINGS
  • HOGS AND KISSES
  • GO GREEN, GET LUCKY
  • EASTER EGGS
  • SUMMER PIGNIC

Keenam-enam tema ni adalah berkait rapat dengan perayaan-perayaan penting masyarakat barat. Tema TRICK OR TREAT adalah berkait rapat dengan perayaan Halloween, tema SEASON'S GREEDINGS adalah berkait rapat dengan perayaan Christmas, tema HOGS AND KISSES adalah berkait rapat dengan perayaan Valentine's Day, tema GO GREEN, GET LUCKY adalah berkait rapat dengan perayaan Saint Patrick's Day, tema EASTER EGGS adalah berkait rapat dengan perayaan Easter Day, dan tema SUMMER PIGNIC adalah berkait rapat dengan musim panas.

Berbeza dengan game Angry Birds versi terdahulu, keenam-enam tema ni boleh dimainkan pada bila-bila masa. Maksud DD, korang tak perlu la berusaha dengan gigih untuk habiskan tema pertama supaya dapat unlock tema kedua. Ciri ni la yang menyebabkan DD lebih teruja bermain game Angry Birds Seasons berbanding game Angry Birds versi terdahulu. Agak-agak kalau dah stuck main tema ni, tukar tema lain pulak. Tak la stress sebab stuck tak dapat lastik binatang hijau kat tema pertama tu...(^_^)

Ni print screen setiap tema dalam game Angry Birds Seasons untuk tatapan mata korang (entah kenapa DD susah sangat nak lepas level 1 untuk tema HOGS AND KISSES dan tema GO GREEN, GET LUCKY...hahaha).



TRICK OR TREAT



SEASON'S GREEDINGS



HOGS AND KISSES



GO GREEN, GET LUCKY



EASTER EGGS



SUMMER PIGNIC



Secara keseluruhan, personally...DD gembira dapat main game ni. Walaupun agak sakit jiwa raga sebab tak dapat lepas level 1 untuk tema HOGS AND KISSES dan tema GO GREEN, GET LUCKY...hahaha...(^_^)



* CARA-CARA INSTALL *
  • Klik ABS 1.5.1 Full Cracked
  • Extract file.
  • Klik 'AngryBirdsSeasonsInstaller_1.5.1.exe' untuk install seperti biasa, tetapi jangan main dulu!
  • Selesai install, salin dan gantikan/tampal (copy and replace/paste) file 'AngryBirdsSeasons.exe' ke dalam folder C:\Program Files\Rovio\Angry Birds Seasons
  • Mulakan game Angry Birds Seasons dan daftarkan dengan apa jua serialkey/keygen. Kalau rasa-rasa 12345678901 tu key yang best, OK aje.
  • Dah boleh main dengan aman...(^_^)



p/s: I'm not the one who uploaded this file...please don't sue me.

0 Tukang Kata:

Newer Posts Older Posts Home