~ TEMPAHAN DITUTUP SELAMA-LAMANYA ~

DD BERSARA DESIGN FLASH SECARA RASMINYA

30 November 2011

PostHeaderIcon FREEBIES: ASSALAMUALAIKUM WARNA PELANGI 1



Hari ni, DD nak bagi freebies lain pulak. Image Assalamualaikum untuk korang letak kat setiap permulaan post korang. Semua freebies ni warna pelangi (penyakit malas nak design...hahaha). Tapi, setiap satu freebies ni berlainan font...(^_^)


AMARAN: JANGAN MENGAKU NI FREEBIES KORANG. Nanti DD sumpah jadi batu...hahaha (gelak jahat)!



ASSALAMUALAIKUM 1

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 2

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 3

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 4

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 5

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 6

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 7

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 8

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 9

freebies assalamualaikum pelangi


ASSALAMUALAIKUM 10

freebies assalamualaikum pelangi




p/s: Lebih banyak FREEBIES [di sini]...(^_^)

29 November 2011

PostHeaderIcon FREEBIES: BACKGROUND DAUN 2



Freebies background lagi untuk korang. Sila ambil...jangan segan-segan...(^_^)


AMARAN: JANGAN MENGAKU NI FREEBIES KORANG. Nanti DD sumpah jadi batu...hahaha (gelak jahat)!



BACKGROUND 1

background daun kelabu


BACKGROUND 2

background daun coklat


BACKGROUND 3

background daun hijau


BACKGROUND 4

background daun biru


BACKGROUND 5

background daun ungu


BACKGROUND 6

background daun pink


BACKGROUND 7

background daun merah


BACKGROUND 8

background daun peach


BACKGROUND 9

background daun kuning




p/s: Lebih banyak FREEBIES BACKGROUND BLOG [di sini]...(^_^)

28 November 2011

PostHeaderIcon FLASH HEADER UNTUK AZHARI AHMAD



Alhamdulillah...siap gak design untuk pelanggan ke-34...Azhari Ahmad. Hampir kesemua jenis teknik flash DD letak kat dalam flash header ni. Gerakkan cursor kat atas flash header tu, akan ade rama-rama kejar cursor korang...hehehe...(^_^)

Oh, ya! Doodle tu bukan DD yang lukis tau. DD memang fail kalau bab-bab melukis doodle ni. Doodle tu diattach oleh Azhari Ahmad semasa membuat tempahan. Harap maklum...(^_^)

TARIKH MULA DESIGN: 26 November 2011
TARIKH SIAP: 28 November 2011



SEBELUM

FILE SIZE: 164.0 KB



SELEPAS



FILE SIZE: 136.0 KB




TERIMA KASIH, AZHARI AHMAD...\(^_^)/

27 November 2011

PostHeaderIcon GOODBYE IMAGEDOLL.COM, HELLO WEBS.COM



Hari ni, dengan rasminya DD mengisytiharkan esok raya DD berhijrah ke free file hosting baru...webs.com. Dear imagedoll.com, DD dah kasi peluang 1 hari untuk dikau berubah...mengharapkan dikau kembali normal. Malangnya, dikau tetap dengan penyakit gila-gila seperti semalam.

Dear webs.com...dikau memang best! Iye la...bukan senang nak cari free file hosting yang boleh support flash file. Tapi, flash file yang DD upload kat webs.com majoriti lambat loading. Dulu kat imagedoll.com laju aje loading nyer. Takpe la. Sekurang-kurang nyer webs.com takde penyakit gila-gila macam imagedoll.com.

Alhamdulillah...semuanya dah kembali normal. Tengok semua print screen ni...



FLASH HEADER SALAH SATU BLOG CUSTOMER




FLASH HEADER BLOG DD




FLASH MENU BLOG DD




FREEBIES BUTANG FLASH POST




OK la. Tiada bebelan untuk hari ni. DD sangat gembira tahap gaban...tak stress seperti semalam...
\(^_^)/



SALAM MAAL HIJRAH...1433H...(^_^)

26 November 2011

PostHeaderIcon KEPADA PARA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG BLOG, MAAFKAN LAH DD



Sekarang ni dah pukul 5 pagi. DD SANGAT TERTEKAN! Nak tau kenapa? Sebab free file hosting tempat DD uploadkan semua design flash...datang penyakit gila-gila. Website free file hosting tu tak dapat dibuka. DD tak tau ape sebabnya...maybe syarikat free file hosting tu jatuh muflis atau server syarikat tu down. No idea... :(

Apa yang pasti...akibat penyakit gila-gila tu, kesemua flash header kat blog customer DD...HILANG! Bukan setakat flash header kat blog para customer, flash header dan flash menu kat blog DD pun HILANG! Bertambah teruk, freebies untuk butang flash post yang DD share sebelum ni...HILANG KESEMUANYA!

Tak percaya? Tengok semua print screen ni...



FLASH HEADER SALAH SATU BLOG CUSTOMER...HILANG!




FLASH HEADER BLOG DD...HILANG!




FLASH MENU BLOG DD...HILANG!




FREEBIES BUTANG FLASH POST...HILANG!




Maybe korang akan cakap, bandwidth ataupun storage flash file DD kat free file hosting tu dah melebihi tahap maksimum. Hakikatnya, tidak! Sebab kali terakhir DD check...bandwidth DD tak sampai setengah pun. Camtu gak ngan storage flash file DD...tak sampai setengah. No idea la apsal penyakit gila-gila melanda free file hosting tu... :(

Sebagai langkah penyelesaian, DD terpaksa uploadkan semula...KESEMUA design flash ke free file hosting yang baru. Dah siap upload, DD terpaksa login satu persatu akaun blogspot para customer untuk tukar URL flash header yang baru. Misi tu dah selesai kejap tadi. Alhamdulillah...

Tetapi, yang lebih merunsingkan DD buat masa ni adalah...para pengunjung yang dah copy paste coding freebies untuk butang flash post. Memang sah la butang home, older posts, dan newer posts korang tak berfungsi sebab HILANG! Kalau korang terbaca post ni, sila tukar coding korang mengikut langkah-langkah ni untuk membolehkan butang home, older posts, dan newest posts korang berfungsi seperti biasa:-


1) Sign in ke dalam akaun Blogger korang.
2) Pada bahagian Dashboard, klik Design > Edit HTML > Expand Widget Templates.
3) Tekan Ctrl + F dan cari



4) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding <data:newerPageTitle/>.
5) Tekan Ctrl + F dan cari



6) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding <data:olderPageTitle/>.
7) Tekan Ctrl + F dan cari



8) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding <data:homeMsg/>.
9) Klik SAVE TEMPLATE.


Kat sini, DD nak ucapkan terima kasih kepada Amin Aizuddin yang sudi share mengenai free file hosting baru yang lebih sesuai untuk upload flash file. Terima kasih gak kepada Wan Hazel kerana memaklumkan mengenai 'kehilangan' freebies untuk butang flash post kat blog dia. Melalui makluman Wan Hazel...baru la DD perasan mengenai penyakit gila-gila yang melanda free file hosting tu. Jutaan terima kasih kat korang...(^_^)

Arggghhhhh...DD rasa macam nak cekik-cekik aje pekerja kat syarikat free file hosting imagedoll.com tu! Apsal lama sangat server korang down? Dah lebih 12 jam server korang down. Ataupun korang dah jatuh muflis sebenar nyer? Emel pemberitahuan pun korang tak send. Ape daaaaa...

OK la. DD nak pergi menidurkan diri. Nak release stress. Sejam pasni...kena bangun semula. Selamat malam/selamat pagi semua...tata titi tutu...(^_^)



MAAFKAN DD ATAS SEGALA KESULITAN YANG TIMBUL...(T_T)

25 November 2011

PostHeaderIcon FLASH HEADER UNTUK AMIRA ALIA



Alhamdulillah...siap gak design untuk pelanggan ke-33...Amira Alia. Ni la first time, DD siapkan flash header untuk pemenang contest. Amira Alia merupakan pemenang contest yang dianjurkan oleh Aina Draculla. Gerakan cursor kat atas flash header tu untuk tengok ape benda yang bergerak...(^_^)

TARIKH MULA DESIGN: 25 November 2011
TARIKH SIAP: 25 November 2011



SEBELUM

FILE SIZE: 71.3 KB



SELEPAS



FILE SIZE: 12.4 KB




TAHNIAH, AMIRA ALIA...\(^_^)/

PostHeaderIcon FLASH HEADER DAN FLASH BANNER UNTUK IZA AZMILIA



Alhamdulillah...siap gak design untuk pelanggan ke-32...Iza Azmilia. Iza Azmilia order dua jenis design iaitu flash header dan flash banner. Memang mencabar la...(^_^)

TARIKH MULA DESIGN: 23 November 2011
TARIKH SIAP: 25 November 2011



FLASH HEADER



FILE SIZE: 133.0 KB



FLASH BANNER



FILE SIZE: 139.0 KB




TERIMA KASIH, IZA AZMILIA...\(^_^)/

24 November 2011

PostHeaderIcon TUTORIAL ADOBE FLASH CS3: MEMASUKKAN/IMPORT GAMBAR



Hari ni, DD nak teruskan tutorial ketiga pasal Adobe Flash CS3. Tutorial kali ini, DD nak explain cara-cara memasukkan/import gambar ke dalam Adobe Flash CS3. Langkah-langkahnya...

1) Double-click ikon Adobe Flash CS3. Kemudian, klik File > New... > General > Flash File (ActionScript 2.0) > OK. Korang akan lihat paparan tetingkap seperti berikut:-

PAPARAN TETINGKAP ADOBE FLASH CS3


2) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. DD tak nak ade yang meraung kalau tiba-tiba elektrik takde. So, wajib save hasil kerja korang terlebih dahulu.

3) Klik Frame 1 pada Layer 1.

FRAME 1 KAT LAYER 1


4) Klik File > Import > Import to Stage... dan pilih gambar pilihan hati korang. Klik Open.

MEMASUKKAN/IMPORT GAMBAR


5) 'Kertas lukisan' akan kelihatan seperti berikut:

HASIL KAT 'KERTAS LUKISAN'


6) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. Kemudian, tekan Ctrl+Enter kat keyboard korang untuk melihat hasilnya.


OK...tamat tutorial kali ni. Setelah korang berjaya memasukkan/import gambar ke dalam Adobe Flash CS3, korang boleh try apply teknik 'Motion Tween' yang telah DD explain sebelum ni...kat gambar tersebut.

Ni merupakan contoh flash header yang pernah DD hasilkan dengan memasukkan/import gambar yang dihasilkan 100% kat Adobe Photoshop CS3.




Harus DD ingatkan kat korang, jangan terlalu banyak memasukkan/import gambar ke dalam Adobe Flash CS3 sebab ia akan mengakibatkan flash file korang lambat loading. Especially, kalau korang upload flash file tu...letak kat blog korang. Flash header yang DD hasilkan kat atas ni...bersaiz 288 KB! Sangat lambat loading kat blog customer DD tu.. :(


* SENARAI TUTORIAL YANG LEPAS *



TERIMA KASIH...JUMPA LAGI UNTUK TUTORIAL AKAN DATANG...(^_^)

23 November 2011

PostHeaderIcon FREEBIES: BACKGROUND POLKA DOT 1



Freebies background lagi untuk korang. Sila ambil...jangan segan-segan...(^_^)


AMARAN: JANGAN MENGAKU NI FREEBIES KORANG. Nanti DD sumpah jadi batu...hahaha (gelak jahat)!



BACKGROUND 1

background polka dot kelabu


BACKGROUND 2

background polka dot coklat


BACKGROUND 3

background polka dot hijau


BACKGROUND 4

background polka dot biru


BACKGROUND 5

background polka dot ungu


BACKGROUND 6

background polka dot pink


BACKGROUND 7

background polka dot merah


BACKGROUND 8

background polka dot peach


BACKGROUND 9

background polka dot kuning




p/s: Lebih banyak FREEBIES BACKGROUND BLOG [di sini]...(^_^)

22 November 2011

PostHeaderIcon ADOBE FLASH CS3 PROFESSIONAL (PORTABLE)



Atas permintaan ramai, hari ni DD nak share pasal Adobe Flash CS3 versi Portable. Portable sebab korang tak perlu install. Double-click terus boleh guna.


Adobe Flash CS3 Professional (Portable)
ADOBE FLASH CS3 PROFESSIONAL (PORTABLE)




* CARA-CARA INSTALL *
  • Klik Adobe Flash CS3 Professional (Portable)
    (kalau tak dapat buka link ni...tukar IP mengikut langkah-langkah kat blog ni).

    ATAU

    Klik link ni (salah satu post dalam blog Wan Hazel).
  • Download.
  • Extract file.
  • Double-click kat ikon Adobe Flash CS3 tu.
  • Dah boleh mula design flash dengan aman...(^_^)



p/s: I'm not the one who uploaded this file...please don't sue me.

21 November 2011

PostHeaderIcon TUTORIAL ADOBE FLASH CS3: BOLA BERGERAK (TEKNIK MOTION TWEEN)



Hari ni, DD nak teruskan tutorial kedua pasal Adobe Flash CS3. Tutorial kali ini, DD nak explain salah satu teknik asas untuk menghasilkan sesuatu pergerakan dalam Adobe Flash CS3.


NAMA TEKNIK: MOTION TWEEN
FUNGSI: Menghasilkan pergerakan dalam 1 GARIS LURUS sama ada menegak, melintang, atau menyerong.


OK, DD nak ajar cara-cara menghasilkan bola bergerak. Kenapa bola? Sebab DD terlalu excited tahap gaban...PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS untuk Sukan Sea 2011 sekitar pukul 11.30 malam sebentar tadi. First time DD tengok match bola sepak yang sangat sengit. Mula-mula seri dengan 1 gol (jaringan gol penyamaan oleh Asraruddin Putra pada minit ke-35). Kemudian berlanjutan kepada masa tambahan selama 30 minit. Kemudian berlanjutan pulak kepada penentuan sepakan penalti. Aduhhhhh...boleh heart attack DD dibuatnya. Alhamdulillah...kesudahannya MALAYSIA MENANG dengan 4-3...menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Othman, Fadhli Shas, dan Baddrol Bakhtiar. Serius sangat berdebar-debar time tengok bola sepak tu bergolek-golek masuk pintu gol akibat penjaga gol team Indonesia gagal menangkap bola dengan kemas ketika sepakan penalti yang paling last.

PENENTUAN SEPAKAN PENALTI


OK, cukup. Kembali kepada tutorial...hehehe. Langkah-langkahnya...


BOLA BERGERAK (TEKNIK MOTION TWEEN)


1) Double-click ikon Adobe Flash CS3. Kemudian, klik File > New... > General > Flash File (ActionScript 2.0) > OK. Korang akan lihat paparan tetingkap seperti berikut:-

PAPARAN TETINGKAP ADOBE FLASH CS3


2) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. DD tak nak ade yang meraung kalau tiba-tiba elektrik takde. So, wajib save hasil kerja korang terlebih dahulu.

3) Pilih warna bola yang korang suka dengan mengklik butang Fill Color. DD pilih warna biru gelap...(^_^)

KLIK BUTANG 'FILL COLOR'


4) Klik anak panah kecil pada butang Rectangle Tool. Kemudian, pilih Oval Tool untuk melukis bentuk bulat.

PILIH 'OVAL TOOL'


5) Klik Frame 1 pada Layer 1. Sekarang boleh mula melukis bola kat atas 'kertas lukisan'. Klik...tarik (jangan lepas butang mouse)...lepaskan butang mouse. Dah siap sebiji bola.

LUKIS SEBIJI BOLA


6) Klik Frame 40 pada Layer 1. Kemudian, tekan F6 kat keyboard korang untuk menambah keyframe.

TAMBAH KEYFRAME


7) Klik Frame 40 pada Layer 1 lagi. Kemudian, klik bola yang telah dihasilkan tadi...drag (jangan lepas butang mouse)...bawa bola tu ke penjuru lain 'kertas lukisan'...lepaskan butang mouse. Pastikan kedudukan bola yang baru ni, berbeza berbanding kedudukan asal seperti berikut:

KEDUDUKAN BARU BAGI BOLA


8) Right-click mana-mana frame di antara Frame 1-39 pada Layer 1. Kemudian, pilih Create Motion Tween.

CREATE MOTION TWEEN


9) Layer 1 akan kelihatan seperti berikut:

HASIL TERAKHIR PADA LAYER 1


10) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. Kemudian, tekan Ctrl+Enter kat keyboard korang untuk melihat hasilnya.


OK...tamat tutorial kali ni. Harap korang faham baca tutorial panjang berjela ni. Honestly, DD rasa...Adobe Flash CS3 lebih mudah dipelajari melalui paparan video. Agak sukar untuk explain setiap langkah dengan menggunakan ayat. Kalau korang faham langkah-langkah ni...syukur alhamdulillah...\(^_^)/

Ni merupakan contoh flash header yang pernah DD hasilkan dengan menggunakan teknik 'Motion Tween'. Perhatikan pergerakan tulisan 'The Little Note' dan kedua-dua doodle tu.




Ni pulak rupa bentuk muka bumi kesemua layer dan frame yang DD gunakan untuk menghasilkan flash header kat atas ni. Jumlah Layer = 10 dan Jumlah Frame = 105!



* SENARAI TUTORIAL YANG LEPAS *



TERIMA KASIH...JUMPA LAGI UNTUK TUTORIAL AKAN DATANG...(^_^)

Newer Posts Older Posts Home