~ TEMPAHAN DITUTUP SELAMA-LAMANYA ~

DD BERSARA DESIGN FLASH SECARA RASMINYA

22 September 2011

PostHeaderIcon ULASAN: GLEE SEASON 3 EPISODE 1 (THE PURPLE PIANO PROJECT)



Honestly, bosan pulak DD tengok blog ni penuh dengan entri pasal benda-benda flash. OK...hari ni, DD nak membebel pasal benda lain. MUZIK. Yup...DD sangat minat benda-benda pasal muzik. Especially...movie muzikal atau drama muzikal...kecuali teater muzikal.

Drama muzikal favourite DD...GLEE. DD 'kipas susah mati' GLEE! I'M A GLEEK! Apsal DD minat GLEE? Sebab GLEE selalu memperkenalkan lagu-lagu terbaru di pasaran...tidak ketinggalan lagu-lagu lama. Disebabkan menonton GLEE, DD tahu lagu yang baru release dan popular di US tetapi belum popular di Malaysia. Sebagai contoh, lagu "Forget You" nyanyian Cee Loo Green untuk Season 2 yang lepas.


SALAH SEBUAH LAGU YANG DINYANYIKAN DALAM DRAMA GLEE SEASON 2


Percaya atau tidak...DD tak pernah menonton GLEE kat TV. DD selalu follow tarikh tayangan GLEE kat US then keesokan harinya DD download from internet. Hahaha...memang sentiasa up-to-date pasal GLEE. Semua episod from Season 1 sampai la episod premiere Season 3...ada dalam koleksi DD. I LOVE THE INTERNET...\(^_^)/

Untuk pengetahuan korang, pada 20 September 2011 yang lepas, GLEE Season 3 baru sahaja bermula. SEASON 3 EPISODE 1! EXCITED tahap maksima DD...WOHOOOOO!


SEDUTAN GLEE SEASON 3 EPISODE 1


DD tak nak la membebel secara terperinci pasal jalan cerita Episod 1 ni. Nanti jadi karangan SPM pulak entri ni. Maklumat-maklumat penting yang korang perlu tahu:-


1) Kelab New Directions mengalami masalah sebab 3 orang ahlinya keluar iaitu Quinn, Sam, dan Zizes. Akibatnya, Encik Will terpaksa mencari jalan alternatif untuk menarik perhatian para pelajar McKinley High menyertai audition sebagai ahli Kelab New Directions yang baru. Caranya...dengan menempatkan beberapa buah Purple Pianos di sekitar McKinley High. Sebab tu, tajuk episod minggu ni...THE PURPLE PIANO PROJECT...(^_^)

ENCIK WILL DENGAN SALAH SEBUAH PUPRLE PIANO


2) Korang akan terkejut melihat perubahan drastik Quinn dalam episod ni. Dah jadi awek gangster...kira dalam kategori pelajar nakal la. Tapi...serius STYLE habis pakaian Quinn walaupun dah macam awek ganas. I LOIKE...(^_^)

QUINN DAH JADI AWEK GANGSTER


3) Mercedes dah ade pakwe! Kalau korang still ingat...ending Season 2 dulu ade tunjuk yang Mercedes dan Sam bercouple. Tapi, episod ni...diorang dah break sebab Sam berpindah ke tempat lain. So, rasa-rasa nyer takde chance la tengok muka Sam sepanjang Season 3 ni... :(

MERCEDES DAN PAKWE BARUNYA


4) Blaine pindah sekolah demi cintanya terhadap Kurt. Sooooo sweet. Tapi, diorang gay...euwww

BLAINE TANPA UNIFORM WABLERS


5) Kemunculan naib juara THE GLEE PROJECT sebagai pelakon tambahan. Siapa? Lindsay Pearce. Memegang watak sebagai Harmony. Suara dia memang power habis! Sampaikan Rachel menangis teruk akibat malu. Psssttttt...korang tau tak THE GLEE PROJECT tu ape? THE GLEE PROJECT tu kira macam rancangan realiti yang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam GLEE. Johan THE GLEE PROJECT akan muncul dalam tujuh episod GLEE. Tak sabar nak tengok kemunculan Samuel Larsen.

LINDSAY PEARCE MEMEGANG WATAK SEBAGAI HARMONY


6) Santana ditendang keluar from Kelab New Directions dan diganti oleh Blaine. Kenapa? Sebab Santana bersekongkol untuk memusnahkan Kelab New Directions.

PURPLE PIANO TERBAKAR DISEBABKAN RANCANGAN JAHAT SANTANA


7) Lagu paling DD suka dalam episod ni ialah "Anything Goes/Anything You Can Do" (nyanyian Harmony), "Ding-Dong! The Witch Is Dead" (nyanyian Rachel dan Kurt), dan "You Can't Stop the Beat" (nyanyian semua ahli dalam Kelab New Directions).

RACHEL DAN KURT MENYANYIKAN LAGU "DING-DONG! THE WITCH IS DEAD"


8) Lebih banyak gambar...

FOOD FIGHT!


KURT CUBA MENYELAMATKAN DIRI KETIKA FOOD FIGHT


COACH SUE MENJADI MANGSA GLITTER-BOMB


OK, tu aje DD dapat share pasal GLEE SEASON 3 EPISODE 1. Episod 2 akan ditayangkan di US pada 27 September 2011. Nantikan bebelan DD pasal Episod 2 pada minggu hadapan.



I'M A GLEEK...\(^_^)/

0 Tukang Kata:

Newer Posts Older Posts Home